Hi! 11 Hari tanpa entry baru di blog ini sedangkan aku boleh melayan facebook setiap hari memang sangat pelik bagi blogger tegar (suatu masa dahulu) seperti aku.. Betullah kataazman facebook nie buat blogger lalai! Haha.. Bukanlah.. Aku memang sedikit sibuk untuk persiapan projek bulan depan.. Projek apa aku tak berani nak bagitau lagi disini.. Entah berapa kali aku cakap aku ada projek, tapi aku tak tunjukkan hasilnya pun.. Er.. Perlu ke? Haha..
Ok lah.. Tak perlu huraian diri yang begitu panjang, bukan ada yang nak ambil tahu.. Aku memang ada cerita, tapi aku memang malas nak update blog.. Tiada alasan terperinci kenapa aku begitu malas untuk update blog.. Sangat sukar untuk menjelaskannya.. Er.. Aku membebel lagi..
Apa itu privasi? Keperibadian? Betul? Sila semak kamus dewan bahasa pustaka.. Aku main agak jer.. Setiap orang ada privasinya sendiri.. Ada masanya manusia itu perlu menempatkan dirinya dalam suasana persekitaran sendiri.. Tanpa gangguan tanpa keserabutan.. Siapa yang tidak setuju maknanya dia sudah boleh memohon kerja sebagai .. err.. takde idea..
(tengok! cara aku menulis pon dah serabut.. ape ke benda ntah aku nie merepek!) Er.. Sorilah.. Aku dah malas nak mengikut undang-undang blog yang dicipta oleh manusia sama seperti aku.. Aku hanya takutkan tuhan.. Padahal benda nie jugak yang buat aku bising dulu..
Dan privasi juga boleh dikaitkan dengan hak milik.. Hak milik itu pelbagai.. Barang, masa, awek (?) dan lain-lain (lagi sekali aku takde idea!)
Ini antara privasi diri aku yang sangat aku benci bila diganggu..
1. Surat
Aku sangat tak suka kalau ada yang buka surat bernamakan aku walaupun keluarga aku sendiri .. Tak tau kenapa.. Kalau surat itu bernamakan aku, sudah tentulah aku sendiri yang perlu buka.. Kalau orang lain yang baca dulu, dah tak jadi surat aku lah namanya! Tak kisahlah surat apa pun asalkan ianya nama aku, hanya aku yang boleh membukanya.. Itu pasti!
2. Handset
Aku sangat tak suka kalau ada yang duk godek handset aku.. Tengok gambar, tengok video, tengok contact, baca mesej bagai.. Hello! Handset aku tak pernah ada cerita satu warna dot 3gp ok! Haha.. Walaupun awek sendiri yang mintak nak tengok, aku tak akan bagi! Bukan takut kantoi, tapi tak nak kantoi! Eh? Bukan! Memang tak suka orang tengok handset.. Sebab aku selalu letak note yang orang lain tak boleh baca..
3. Laptop
Ha.. Ini pun lebih kurang je macam nombor 2.. Semua file nak godek! Laptop sendiri mestilah ada barang peribadi yang tak perlu dikongsi.. Jenis aku pulak tak suka nak lock folder bagai.. Eh? Laptop sendiri tak kan lah nak open file pun kena password? Tak ke menyusahkan diri sendiri.. Lainlah kat laptop tu ada tulis ‘Hak Kerajaan Malaysia’!
4. Masa
Ini paling pantang nie kalau ada sape yang ganggu.. Ye lah.. Orang lain mana penah tau time table kita kan.. Tapi ada jugak yang tak paham.. Kalau dah diberitahu sibuk, sibuk lah maknanya.. Lagi-lagi jenis yang suka berSMS.. Ish.. Aku tak tau la kenapa aku sangat malas nak berSMS dengan orang lain.. Ajak lepak boleh, tapi aku bukan lepakers yang setia.. Lepak kejap aku dah mula bosan.. Lagi bosan kalau topik yang disembang langsung tak boleh masuk kepala.. Sebab tu aku suka menjauhkan masa untuk pergi melepak.. Contoh seminggu sekali atau sebulan sekali..
Ouh.. Yang aku ceritakan ini cerita dunia kehidupan luar bukan kehidupan di internet.. Itu bab lain..
Bulan depan mungkin aku sangaaaaaaaaaaattttttttt jarang nak mengupdate blog.. Maafkan aku.. Lagi satu, aku tak berblogwalking bukan sebab aku sombong, tapi aku sedang keliru.. Err.. Boleh terima ke?
No comments:
Post a Comment